Sila bawa peralatan perkhemahan asas sendiri seperti khemah dan beg tidur (sleeping bag). Anda juga digalakkan membawa bantal peribadi, alas tidur (sleeping pad/mat), atau selimut untuk keselesaan sepanjang malam.
请自备基本露营装备,如帐篷和睡袋 (sleeping bag)。建议携带个人枕头、防潮垫/睡垫 (sleeping pad/mat) 或毛毯,以确保夜间睡眠舒适。
Bagi peserta yang tidak mempunyai khemah sendiri, anda tidak dibenarkan berkongsi khemah berlawanan jantina (perkongsian khemah hanya dibenarkan sesama peserta lelaki, sesama peserta perempuan, pasangan suami isteri, atau ahli keluarga/adik-beradik).
未自带帐篷的参加者,严禁异性混住(仅允许同为男性、同为女性、夫妻或亲属/兄弟姐妹共用帐篷)。
Pastikan khemah dipasang dengan kukuh demi keselamatan dan keselesaan anda.
请确保帐篷搭建牢固,以保障安全与舒适。
Sila bawa powerbank peribadi berserta kabel pengecas yang mencukupi untuk kegunaan telefon bimbit dan peranti anda sepanjang perkhemahan.
请自备个人移动电源 (powerbank) 及充足的充电线,供手机和设备在露营期间使用。
Sambungan elektrik di tapak perkhemahan mungkin terhad, jadi pastikan powerbank anda telah dicas penuh sebelum bertolak.
营地电源插头可能有限,请在出发前将移动电源充满电
Sila bawa air minuman sendiri sebanyak 3 - 5 liter. (2 - 3 botol 1.5L air minuman)
请自备 3 至 5 升饮用水(例如 3 瓶 1.5 升装饮用水)。
Sila bawa cawan/gelas, pinggan, mangkuk, serta sudu dan garpu sendiri (digalakkan jenis yang boleh dicuci semula).
请自备杯子/水杯、餐盘、碗以及餐具(建议使用可重复清洗的类型)。
Cecair pencuci pinggan akan disediakan di tapak perkhemahan untuk kegunaan bersama.
营地将提供洗洁精供大家共同使用。
Anda digalakkan membawa makanan ringan peribadi seperti roti, biskut, bar tenaga (energy bar), atau mi segera (maggi cup) untuk alas perut di antara waktu makan utama.
建议携带面包、饼干、能量棒 (energy bar) 或杯面 (maggi cup) 等个人零食,以便在正餐之间解饥。
Pastikan makanan disimpan di dalam bekas yang tertutup rapat bagi mengelakkan semut atau haiwan lain menghampiri kawasan khemah anda.
请确保将食物存放在密封容器内,避免吸引蚂蚁或其他野生动物。
Sila bawa lampu suluh, lampu kepala (headlamp), atau lentera perkhemahan (camping lantern) sendiri berserta bateri tambahan.
请自备手电筒、头灯 (headlamp) 或露营灯 (camping lantern),并准备备用电池。
Kawasan perkhemahan akan menjadi gelap pada waktu malam, jadi sumber cahaya peribadi sangat penting untuk keselamatan dan kemudahan pergerakan anda.
营地夜间环境较暗,个人照明设备对保障安全及方便行走至关重要。
Sila bawa ubat nyamuk, semburan serangga (bug repellent spray), atau pelekat nyamuk (mosquito patch) sendiri. Langkah ini penting untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan serangga, terutamanya pada waktu lewat petang dan malam di kawasan perkhemahan
请自备防蚊剂、防虫喷雾 (bug repellent spray) 或防蚊贴 (mosquito patch)。此举对于防止蚊虫叮咬非常重要,尤其是在傍晚和夜间。
Sila bawa pakaian tambahan yang sesuai, selesa, dan mudah kering untuk aktiviti telematch pada hari-2 (Ahad).
请携带适合、舒适且易干的额外衣物,以备第二天(星期日)的趣味竞技游戏 (telematch) 活动使用。
Anda digalakkan membawa baju t-shirt, seluar sukan, dan pakaian lebih sekiranya pakaian anda basah atau kotor selepas aktiviti.
建议多带 T 恤、运动裤及替换内衣物,以防活动后衣物湿透或弄脏。
Sila bawa dan pakai krim pelindung cahaya matahari (sunblock/sunscreen) dengan sekurang-kurangnya SPF 30. Gunakan secara kerap semasa aktiviti luar untuk melindungi kulit daripada terbakar (sunburn).
请携带并涂抹防晒霜 (sunblock/screen),建议防晒指数至少为 SPF 30。在户外活动期间请定期补涂,以保护皮肤免受晒伤 (sunburn)。
Pemakaian topi dan baju lengan panjang juga amat digalakkan untuk mengelakkan kelesuan haba serta memberi perlindungan tambahan daripada gigitan serangga.
强烈建议佩戴帽子和穿长袖上衣,以防止中暑并提供额外的防虫保护。
Sila bawa tisu basah (wet wipes), tisu kering, atau tisu tandas (toilet paper) sendiri untuk kegunaan peribadi. Ini amat penting untuk kebersihan kendiri dan keselesaan anda sepanjang tempoh perkhemahan.
请自备湿纸巾 (wet wipes)、干纸巾或卷纸 (toilet paper) 供个人使用。这对于露营期间的个人卫生和舒适度非常重要。
Sila bawa kelengkapan mandian dan kebersihan peribadi seperti sabun, syampu, berus dan ubat gigi, tuala, serta deodoran.
请携带洗漱及个人卫生用品,如沐浴露、洗发水、牙刷、牙膏、毛巾及止汗剂 (deodorant)。
Sila bawa plastik sampah sendiri untuk mengumpulkan sisa peribadi sepanjang perkhemahan. Pastikan semua sampah anda dibuang ke dalam plastik sampah dan dibawa pulang atau dibuang ke tempat pelupusan yang disediakan demi menjaga kebersihan tapak perkhemahan.
请自备垃圾袋,用于收集露营期间的个人垃圾。请确保所有垃圾装入垃圾袋内并带走或丢弃在指定的垃圾处理点,共同维护营地清洁。
Setiap gereja tempatan digalakkan membawa sekurang-kurangnya satu plastic sampah bersaiz besar (contohnya 50L- 90L).
建议各本地教会携带至少一个大号垃圾袋(例如 50L – 90L),供团体集中收集垃圾使用。
Sila pastikan plastik sampah tidak diisi terlalu penuh sehingga melimpah. Gantikannya dengan plastik sampah baharu sekiranya ia telah hampir penuh demi memudahkan proses pengikatan dan pelupusan.
请勿将垃圾袋填塞过满以致溢出。当垃圾袋接近填满时,请及时更换新垃圾袋,以便封口和后续处理